IPOH: Seorang nelayan dihukum penjara 32 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas dua pertuduhan bunuh dan cubaan membunuh dua rakannya, tiga tahun lalu.
Keputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas tertuduh, Nai San Thein, 38, warga Myanmar mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Myint Soe di atas bot, Pelantar Ikan Lee Hang Chin Fishery dekat Bagan Parit 4, Bagan Datuk antara jam 11 hingga 11.45 pagi pada 6 April 2020.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan.
Tertuduh turut didakwa melakukan cubaan membunuh terhadap seorang lagi rakan, San Thein pada masa, tarikh dan lokasi sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mod Said manakala tertuduh diwakili Peguam Ranjit Singh.
Saifulakmal memberitahu mahkamah bahawa perbuatan dilakukan tertuduh merupakan satu kesalahan serius dan perlu dihukum gantung.
Bagaimanapun Ranjit dalam rayuannya memohon anak guamnya dikecualikan daripada hukuman gantung dan dikenakan hukuman penjara yang minimum, mengambil kira pengakuan bersalah lelaki itu telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Menurutnya, dalam kes itu, mayat si mati tidak ditemui menyebabkan siasatan tidak mengetahui sebab kematian sama ada akibat mati lemas atau lain-lain selain tiada penyataan impak daripada pihak pendakwaan.
"Tertuduh juga mengakui kesal terhadap kejadian ini dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sama," katanya.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat tahun penjara di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua hukuman penjara itu diperintahkan dijalankan secara serentak dari tarikh tangkapan iaitu pada 6 April 2020.
Perbicaraan bagi kes tersebut dijalankan pada 6 Julai lalu dengan dua saksi pendakwaan membabitkan lelaki warga Myanmar dipanggil memberi keterangan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 20 2023
Tertuduh (tengah) dihukum penjara 32 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas dua pertuduhan bunuh dan cubaan membunuh dua rakannya, tiga tahun lalu. -Foto Sinar Harian
PRK KKB: 32.51 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu sekitar 60 peratus.
Bintang Manchester United, Garnacho dan Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim
Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim.
PRK KKB: Keputusan diketahui seawal 9 malam ini - SPR
Beliau yakin proses penjumlahan undi akan berjalan lancar, sekali gus membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat.
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Palestin sebagai Anggota Penuh PBB: Malaysia sambut baik Resolusi Perhimpunan Agung
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Tikam rakan hingga mati kerana hutang RM30
Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak menikam rakannya kerana hutang RM30 di Sungai Waypada Rabu.
Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh dua rakan sekerja ketika tidur kekal
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang bekas pengawal keselamatan yang membunuh dua rakan sekerjanya ketika mereka sedang tidur dengan sebilah parang tujuh tahun lepas.
Bunuh rakan: Nelayan dipenjara 32 tahun, 12 sebatan
Keputusan dibuat Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed selepas tertuduh, Nai San Thein, 38, warga Myanmar mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan.
Suami isteri direman seminggu bantu siasatan kes langgar, tikam warga emas
Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, semalam.
Remaja 17 tahun didakwa bunuh rakan
Remaja itu didakwa membunuh P. Hariaran, 21, di tepi jalan pasir Kampung Sungai Payung Baroh, 20 Ogos lalu.
Empat lelaki warga Myanmar lepas, bebas tuduhan bunuh rakan senegara
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan empat lelaki warganegara Myanmar daripada pertuduhan membunuh rakan senegara mereka, empat tahun lepas.
Polis buru Tam bantu siasatan kes bunuh rakan serumah
Polis sedang memburu seorang lelaki Vietnam bagi membantu siasatan kes bunuh rakan senegara dalam kejadian pergaduhan di kawasan tempat letak kereta di Taman Sri Kurau Ipoh.
Kepala dalam beg: Lelaki Nepal didakwa bunuh rakan senegara
Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya yang mayatnya ditemukan tidak cukup sifat, Januari lepas.
Bunuh rakan satu sel, banduan dihadapkan ke mahkamah
Seorang banduan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian rakan yang berkongsi sel dengannya di Kompleks Penjara Sungai Udang, bulan lalu.